GAGAL BERIBU KALI

By dorashid - June 11, 2020




"What comes easy won't last, What lasts won't come easy"

Dari itu kita belajar bahawa sesuatu yang berharga, sesuatu kejayaan dan keberhasilan itu tidak datang dengan mudah. Kadangkala kita GAGAL ribuan kali, tapi kita tetap teruskan langkah usaha. Walau letih dan lelah menyapa, perlu sabar, tabah dan kuat menghadapi setiap ujian dan halangan yang datang. 

Dalam hidup kita pasti punya matlamat, impian dan harapan, namun jika apa yang di impi kan tidak muncul, janganlah berputus asa.. keep dreaming and moving.. Sesuatu yang diperolehi dengan jalan pantas mungkin juga mudah untuk terlepas. 

Sejak kecil, kita tidak terus berlari tetapi belajar untuk merangkak, jatuh, bangun semula dan barulah berjalan serta berlari.. :-)

Penulis: Dorashid

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Thank you Dr for the best Quotes of Today...

    "What comes easy won't last, what last won't come easy". Saya berasa lebih bersemangat setelah membaca penerangan yang dr sampaikan diatas. Saya juga tertarik dengan satu ayat diatas iaitu " sesuatu yang diperolehi dengan jalan pantas mungkin juga mudah untuk terlepas". Juga dapat saya kaitkan dengan kata-kata yang dr berikan sebelum ini iaitu " success is a journey, not a destination".

    HALIMATUN AZMA BINTI SHAMSUDDIN
    (1182695)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dr kerana selalu memberi kata semangat dan peringatan manis setiap minggu.
    Kerana sekecil perkara yang Dr kongsi hari ini membawa maksud besar untuk saya.

    "What comes easy won't last, What lasts won't come easy"
    Banyak yang saya faham dari ayat ini. Betul kita selalu didengarkan yang pengalaman adalah guru terbaik. Meskipun pengalaman buruk atau baik. Dua dua memberi manfaat secara langsung atau tidak. kebaikan adalah untuk diambil bersama. Manakala, lubang yang kita pernah jatuh mampu memberi peringatan untuk mengatur langkah lebih baik.
    satu kata kata yang saya pegang hari ini, "hanya yang kuat akan mampu bertahan, dan yang bertahan sahaja akan berjaya"

    maka benar, setiap kesulitan tu Allah datangkan bersama dengan kesenangan. cuma bagaimana kita mengendalikannya.

    NASIHAH HUDA BT NORMAN (1182544)

    ReplyDelete