Meeting hari jumaat semalam dengan semua AJK UWP dan Dr su minta aku buatkan sijil untuk program Minggu Cinta Sastera (MCS) 2021. Aku yang tak berapa nak kreatif ni cubalah juga berkarya menggunakan kanvas CANVA ni so terhasillah 3 design. (1-Akademik style, 2-Simpe Modern style, 3-Awan larat sebab MCS kan). Design 3 paling banyak dapat undian dalam group AJK. Sekian.
Inilah hasilnya..
Apa kata mereka selepas kelas Career Development sem ni? SEM A202/2021 (batch suhail)
Screen shot ni adalah atas bantuan seorang pelajar yang nampak di status whatsapp pelajar dan dia bagi kepada aku. Terima kasih semua anak didikku, alhamdulillah..love u all.
Assalamualaikum
Sem ni ramai student yang stress, dengan macam-macam..Pelbagai aduan juga diterima. Biasalah ODL sekarang ni semua sedang menyesuaikan diri ditambah dengan pandemik yang tak berkesudahan ni. Memburukkan keadaan.. So untuk pelajar kelas LAB aku, saja aku tetapkan hari untuk mereka rehatkan diri (self-care day) dengan melatakkan ME Day pada 24 julai nanti untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti santai untuk diri mereka. Inilah poster hasil aku cuba-cuba buat.
Harini merasa sambal sotong setelah 5-6 bulan rasanya tak makan sambal sotong. Alhamdulillah rasanya masih sama..secukup rasa. Tapi diet perlu diteruskan, hampir sebulan lebih tak makan nasi, harini bila makan semula. Ya Allah nikmatnya nasi rupanya..hehe. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa dan rezki untuk bernafas dan hidup di bumi Nya.
Kisah inspirasi diet ni datang dari pelajar aku juga sebenarnya. Dia rajin update pasal kesihatan dan memberi inspirasi buat aku. Selain tu Dr Othman (DR OT) dari UPM yang sekarang ni banyak sharing di wall facebook beliau tips-tips diet dan sihat. Aku yang dah lari BMI sejak beberapa tahun lepas
dapat kekuatan dan inspirasi untuk mulakan!
InshaAllah..target tahun ni kembali kepada paras ideal dan paling penting BMI normal semula. Semoga tercapai sebelum 2021 melabuhkan tirainya, sebab projek ni dari 2019 dah mula tak jadi-jadi lagi...terdemotivate dengan banyak faktor. Mudah-mudahan this year menjadi lah.
Gambar sambal sotong yang dimasak oleh chef dirumah. Kalau hari-hari tengok gambar ni mau gagal lagi plan...
tapi makan sekali ni saja, lepas ni tak tau bila dapat makan lagi.
1) Elaboration of 3 techniques from each theory you chose
-Total 6 techniques from 2 theories. You can put examples such as dialogues that counselor can use during the intervention/application of techniques in session & what are the most common issues client brought up which relate to the theory you chose. You can also use Malay language in your explanation.
HATI SEORANG IBU
oleh
Abdul Rashid Abdul Aziz
Emak,
kisah ini masih terpahat dalam memori dari ribuan bukti kasih sayang mu.
Sungguh aku tidak akan pernah lupa setiap detik yang menjadi saat terindah
dalam hidup ini. Sesungguhnya pengorbananmu cukup besar hingga tiada umpamanya.
Dikau sanggup berlapar demi kami. Dikau sanggup bersengkang mata, berjaga malam
sekiranya kami sakit. Dikau sanggup menyembunyikan tangismu untuk melihat kami
anak-anakmu tersenyum gembira. Dikau menahan letih dan jerih membesarkan kami
tanpa sebarang ganjaran. Jika dunia dan himpunan segala isi nikmatnya diberikan
kepadaku, tiada tandingnya dengan nilai jasa, kasih dan sayang mu. Kisah ini
kisah kita, namun kisah ini adalah lambang hati seorang ibu demi anaknya. Ianya
menjadi nilai penghargaan tertinggi buat insan yang bergelar ‘IBU’.
“Masih gerimis mak!” Jawabku yang masih duduk di tepi jendela
melihat titisan hujan yang kian halus berderai membasahi bumi. Lantas emak menarik
lenganku menuju keluar sambil membetulkan laras payung yang dibukanya. Sejak
subuh hingga berganjak dinihari, hujan yang maha lebat membasahi bumi. Kedengaran
keroncong irama borborgymi di perut sejak pagi dek kerana kami sekeluarga
tidak menjamah apapun lagi untuk hari itu. Tong beras di dapur kosong, secupak terakhir
beras telahpun emak guna buat masak nasi goreng kicap semalam. Nak beli beras kena
tunggu sehari dua lagi bila dapat duit Bantuan Kebajikan Masyarakat. Sedari tadi
raut wajah emak kerisauan, resah, mundar mandir ke dapur mencari apa saja
tersisa buat makan kami anak-anaknya.
“Jom teman mak ke rumah
Bilal Taib!”, emak bersuara sambil terus mengatur langkahnya dan masih kemas
memegang lenganku. Sampai di rumah Bilal Taib kami disambut mesra oleh
isterinya. Walaupun beliau bukanlah orang senang, emak diberi segugus pisang
berangan bekal dibawa pulang. Merasalah perut kami makan cucur pisang sampai ke
malam, hasil keringat seorang ibu yang sanggup meredah hujan dan membuang rasa
malu menagih makanan demi anak-anaknya. Masih ku ingat setiap gorengan pisang
itu bersilih ganti kami adik beradik menadah pinggan dan emak masih tekun
menggoreng. Tidak diendahkan rintihan perutnya sendiri yang turut lapar ketika
itu, asalkan setiap perut anaknya terisi. Itu sudah cukup baginya.
Tingginya nilai kasih dan pengorbanan seorang ibu. Terkenang untaian
bait indah “Ibu, dirimu bagai sang suria menyinari bumi, bagai lilin
membakar diri, memberi sinar dan cahaya buat kami anak-anakmu”. Meskipun dirimu
telah pergi dijemput ilahi, masih terasa hangatnya pelukan kasih dan sayang mu.
Sungguh aku rindu padamu. Tidak terbalas setiap pengorbanan dan kasih sayang
yang dikau curahkan dalam membesarkan dan mendidik kami adik beradik menjadi
insan yang berguna. Benarlah, dalam Islam sendiri telah meletakkan martabat tertinggi
buat insan bernama ‘ibu’. Teringat kisah seorang lelaki yang berjumpa
Rasulullah SAW bertanyakan tentang siapakah yang paling berhak untuk beliau
berbuat baik. Maka, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ibu mu (adalah
manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu mu,
kemudian ibu mu, kemudian bapa mu. Begitu tinggi martabatmu ibu.
Itulah ceritera hati seorang ibu. Secebis kasih insan terpilih yang
dipinjamkan oleh Si Pencipta buat kita semua. Bermula dari janin menumpang
dalam rahim kandungannya hinggalah lahir ke dunia. Insan yang sabar membesarkan
cahayamatanya. Insan yang cukup mengasihi hatta dari gigitan seekor nyamuk
sekalipun. Sejak dalam buaian, merangkak, kemudian meniti berdiri, bertatih,
berjalan dan berlari sehinggalah dewasa. Dialah yang paling gigih dan tabah mendidik
mendepani cabaran, melalui halangan, ujian dalam setiap fasa kehidupan. Dia lah
penyambung warisan, menggalas beban dalam senyuman demi selembar kertas kehidupan.
Dialah insan yang bergelar Ibu.
“Kasih ibu tiada taranya, Kasih ibu tiada tandingannya, Kasih ibu
sepanjang masa, Kasih ibu membawa ke syurga”.
MOTIVATIONAL INTERVIEWING By DR ISA
Tahu tak apa itu Motivational Interviewing (MI) ?
Ingin tahu dengan lebih mendalam tentang MI ?
Anjuran wakil dari kelas Makmal Kaunseling Individu (ABA 2123) pengendalian Dr Abdul Rashid Abdul Aziz. Program talk ini telah mengupas dengan lebih mendalam tentang Motivational Interviewing .
Tarikh : 15 Disember 2020
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Platform : Microsoft Teams
Panel Jemputan : Dr. Mohamad Isa bin Amat
Moderator : Dr. Abdul Rashid bin Abdul Aziz
SILA BERIKAN REFLEKSI DI BAWAH
BERHUBUNG ILMU PENGETAHUAN (LESSON) YANG TELAH ANDA PELAJARI DARI SESI TALK INI.
LESSON: ASSESSMENT & CASE CONCEPTUALIZATION
success is a journey not a destination