PELAJAR YANG TAHU MENGHARGAI

By dorashid - March 04, 2021

Jum'atul Mubarak 

Hari ni terdetik nak menulis blog ni setelah lama busy menulis di akhbar dan jurnal sahaja. Sepanjang sem lepas adalah cabaran paling besar tapi alhamdulillah berjaya dilalui. Walaupun ia semester kedua online learning berlaku.. Lebih mencabar buat aku kerana masalah ‘coverage’ internet yang aku hadapi. Perkara ni tak berlaku teruk semasa sem pertama online learning. Pernah nak upload video untuk pelajar pun laoding malam sampai pagi aku tak tidur menunggu. Tak tahu kenapa..maybe syarikat Internet Provider-Unifi ni kena buat kajian..lokaliti kawasan aku di atas bukit Putra Heights. Jenuh dah call buat report, alasan diberikan masih dalam siasatan, bill tetap kena bayar monthly. Jadi sebenarnya bukan pelajar saja ada masalah internet, pendidik pun hadapi hal yang sama di tambah perlu beradaptasi dengan platform baru. Maklumlah kami ni dari generasi lama yang perlukan masa juga nak adapt dan biasakan diri (yang sebelum atau sama era dengan aku je akan faham). Hal-hal ICT dan digital ni gen Z memang mudah bagi mereka tapi tidak pada sebahagian dari kami. Bila susah nak upload note sekalipun..kadang buntu nak buat apa. Cuma boleh mengadu kepada ketua program saja lah. Sampaikan aku terpaksa cuba wifi di masjid, kedai mamak dan plaza tol disebabkan nak dapat coverage ni punya pasal dan dapat lah aku upload slide kepada pelajar.. Nak rentas sempadan tak boleh sebab aku tinggal di red zone di kawal ketat. Pernah sekali rasa stress sangat dengan keadaan ni aku dan wife cuba juga nak ke universiti…ditahan polis di tol kajang dan disuruh balik semula. Semuanya menjadi kenangan mengajar era COVID19 di tahun 2020.
Cara terbaik adalah pindah rumah..itu sahaja yang boleh solve the problem. Dalam keadaan COVID19 ni, internet sangat-sangat diperlukan dalam segala hal. Aku fikir untuk pindah berdekatan dengan kawasan universiti…walaupun hanya menyewa saja dulu. Walaupun rumah asal dah selesa, tapi amanah perlu dilaksanakan jadi solusi kena cari. Cari punya cari dapatlah sebuah rumah sewa. Sehari lepas aku bayar deposit..PKP kedua berlaku. Allahu, ujian lagi buat kami. Barang pun baru sempat angkut kali pertama…terus kena stop. Dugaan demi dugaan tapi cuba juga laksanakan amanah dengan baik. Semester yang penuh dengan cabaran dan halangan tapi pasti ada hikmah yang Allah telah rencanakan. Mana ada hidup yang tidak di Uji..Ujian menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Hal urusan masalah mengajar ni kadangkala sebagai pendidik perkara ni tak dikongsi dengan pelajar..pelajar mungkin sentiasa ingat pendidik mereka berada dalam keadaan sempurna serba serbi cukup tersedia. Apa yang pendidik berikan kepada mereka tidak mereka tahu kesusahan yang perlu dilalui kerana kami harus terus kuat dan memberi motivasi. Jika tidak emosi dan motivasi pelajar akan lagi lemah. Apatah lagi semester ni mengajar kelas Praktikum yang perlu buat sharing talk di platform Fb Live bagi memenuhi aktiviti bimbingan mereka even dilakukan secara maya namun impaknya amat baik sekali. Ia juga melatih komunikasi pelajar-pelajar praktikum seliaan aku. Syukur pelajar yang mulanya nervous dapat hadapi dan buat dengan baik hingga video talk kami ada yang viral di share ke laman media universiti dan institusi swasta lain. Branding keupayaan student Usim ke luar. Setiap kali nak online malam-malam semasa sesi talk, aku driving sendirian ke rumah seorang kawan di Kajang untuk dapatkan internet dan sebagai sokongan kepada pelajar praktikum aku, dan aku jadi sebagai moderator program. Begitulah rutin sem ini yang sangat busy... (itu belum masuk urusan dan tuntutan kerja lain serta kes isteri aku suspect COVID19 sebanyak 2 kali dan kami semua sekeluarga kena self-surveilance)...tapi alhamdulillah semua selamat tanpa virus.

Akhirnya pada awal bulan 2 yang lepas, kami sekeluarga ke balai Polis untuk minta surat keizinan rentas negeri berpindah 100 % berdekatan universiti disebabkan pelbagai kekangan terutama Internet di rumah lama yang susah untuk dicapai. Alhamdulillah di penghujung sem internet aku stabil semula..namun ujian dan cabaran terus berkunjung tiba..ada juga cerita 'tak benar dipropagandakan' untuk kepentingan peribadi individu yang pasti akan memberi kesan kepada ime dan penilaian orang lain tapi tak ngapa lah kerana DIA maha mengetahui. Cukuplah dia sebagai pelindung dan pembela. Buat baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya..hanya masa menanti tiba.
Namun lebih dari itu, perkara ini membuat aku faham bahawa tugas ini satu perjuangan. Perjuangan yang jika kita tabah dan harus sabar laluinya, Allah pasti beri ganjaran..setiap satu hal sebesar zarah pasti akan di adili dan terbela. Yakin sahajalah dengan ketentuanNya walau buruk pada pandangan manusia namun DIA jua maha mengetahui hakikat sebenar.

Cabaran ini harus di telan, di hadam dan akan diingat sampai bila-bila. Terima kasih kepada para pelajar yang masih tahu menghargai setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsi. Dahulu, seorang pendidik senior aku berkongsi mesej-mesej yang pelajar dia berikan kepada dia serta menjadi inspirasi kepada dia..semester ini aku mendapat juga beberapa mesej dari pelajar yang memberi motivasi untuk terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang. InshaAllah. Terima kasih kepada pelajar yang tahu menghargai.. semoga Allah memberkati perjalanan hidup kalian dunia dan akhirat.

Aku sharing hanya beberapa komen dari puluhan komen yang memberi inspirasi kepada aku. Terima kasih. Aku juga hakikatnya adalah 'pelajar' yang sentiasa perlu belajar.












  • Share:

You Might Also Like

0 comments