AWAS! NAK HANTAR BAYI KEPADA PENGASUH? IBU DAN BAPA MESTI BACA, HADAM & PRAKTIS TIPS INI.
By dorashid - March 19, 2020
Malam tadi tonton berita, again kes bayi mati di rumah pengasuh sebab fell down katanya. Still under investigation. Sampai bila kes-kes mati dan deraan ini akan berakhir aku pun tak pasti. Tapi aku yakin ibu dan bapa perlu cakna, waspada dan celik isu dera anak dirumah pengasuh. Jika tidak, bersedialah untuk menonton lebih banyak aksi dan ceritera luluh hati anak asuhan ni. Anak syurga yang tiada dosa, tak mengerti apa-apa diseksa tanpa belas rasa.
.
Jika kita hadam, macam-macam kes melibatkan pengasuh dera dan bunuh anak asuhan mereka. Aku pasti mana-mana ibu dalam dunia yang sedang letak anak di rumah pengasuh atau suruh orang jaga tak kisahlah jiran, kawan, saudara, adik-beradik sekalipun mesti ada rasa takut, bimbang, risau, sedih, stress dan lain-lain lagi. Mana mungkin tenteram jiwa jika mata disogok dengan ilustrasi, cerita dan paparan menyayat hati. Walau anak orang yang kena, rasanya seperti anak sendiri yang sedang meniti usia yang sama. Robek jiwa, bergenang air mata, luluh dengan tangis hati insan yang bergelar ibu.
.
Things to remember- kes dera bukan sahaja melibatkan pengasuh, malah kes-kes penderaan seksual dan fizikal boleh berlaku oleh orang terdekat yang berada di tempat asuhan seperti ahli keluarga pengasuh, teman lelaki, budak asuh yg lain, saudara-mara, dan jiran sama ada berlaku dengan/tanpa pengetahuan pengasuh itu sendiri. Oleh itu para ibu-bapa kena berwaspada dan sekiranya langkah berhati-hati (pre-caution) diambil, anda dapat menyelamatkan keadaan buruk yang mungkin berlaku kepada anak kesayangan anda. Memilih pengasuh untuk anak bukan isu kecil. Ibu bapa kena take action, sebab klu nak tunggu polisi dan plan gerak-kerja badan kerajaan/ tertentu ambik masa. Sebagai ibu-bapa yang celik minda, anda boleh cegah sebelum parah. Jika apa-apa berlaku kepada anak anda, bukan 100% salah pengasuh kerana perkara ini berlaku akibat dari kecuaian ibu-bapa sendiri dalam MEMILIH PENGASUH! Saring dan tapis betul-betul sebelum pilih, jangan main tangkap muat saja.
.
Ibu dan bapa perlu faham bahawa PENGASUH adalah orang yang kita tugaskan untuk menjaga, mendidik, mengawal-selia dan mengambil peranan & tanggungjawab terhadap anak kita disebabkan kekangan masa ibu dan bapa kepada komitmen lain. Oleh itu, insan yang ditugaskan ini hakikatnya memikul amanah yang besar melibatkan hasrat (aim) dan harapan (hope) ibu bapa terhadap khidmat jagaan anak mereka. Pengasuh dan asuhan ini juga boleh berlaku sama ada anda menghantar anak anda ke rumah pengasuh (day-care centre, house) atau pengasuh di rumah anda (khidmat orang gaji).
.
In brief yang panjang berjela jugak ni, aku bahagikan proses nak dapatkan pengasuh yang baik dan sesuai untuk anak-anak perlu melalui 2 fasa utama iaitu:-

1-SEBELUM pilih pengasuh
2-SELEPAS pilih pengasuh
.
SEBELUM pilih pengasuh (Pra-Pemilihan)
2-SELEPAS pilih pengasuh
.
SEBELUM pilih pengasuh (Pra-Pemilihan)
Ibu bapa jangan malas buat 'homework' atau kerja-kerja tinjauan bagi memastikan orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga anak anda adalah seorang yang 'trusted' dan 'credible' memikul tanggungjawab berkenaan. Beberapa perkara mesti dibuat dalam fasa ini seperti:-
1) SELIDIK & TINJAU PENGASUH (SURVEY)
Tinjau dan selidik pengasuh yang terdapat berdekatan kawasan rumah anda. Setelah anda dapat beberapa senarai pengasuh, dapatkan maklumat ringkas dari ibu-bapa yang sedang atau pernah menghantar anak mereka ke rumah pengasuh tu. Bagaimana nak buat? senang saja, bila waktu petang anda tinjau ibu-bapa yang ambil anak mereka, dan cuba berjumpa dan bertanya feedback mereka. Pastikan anda berjumpa lebih dari seorang. Soalan yang boleh di aju kan:-
-Berapa orang anak yang diasuh
-Cara/gaya asuhan
-latarbelakang pengasuh dan keluarga
-Pandangan/testimoni ibu berkenaan pengasuh/asuhan

2) PENILAIAN PENGASUH (EVALUATION)
Fasa ini bermakna anda telah shorlisted pengasuh yang sesuai untuk anak anda. Oleh itu, mulakan dengan atur temujanji. Temujanji sebaiknya dibuat pada hari cuti. Untuk memudahkan anda berkenalan, berbual, dan menjalankan temuduga/tinjauan. Nyatakan hasrat anda untuk mencari dan mendapatkan khidmat asuhan. Wajib bawa SUAMI ikut sekali. Heret dan paksa laki anda jika dia bagi alasan nak mancing, keluar dengan kawan atau kerja lain. Urusan safety & care anak adalah tanggungjawab BERSAMA. Make sure kaum suami terlibat dari awal kerana kehadiran anda akan memberi persepsi yang positif, kekuatan, semangat, dan komitmen yang padu dalam mencari, memilih, menyerahkan tugas kepada pengasuh.
.
Fasa ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung, agar pengasuh tidak rasa 'terancam' dengan soalan2 cepu-cemas anda. Kendalikan tinjauan ini dengan santai, hormat dan berhemah. Di antara soalan-soalan yang boleh diajukan:-
-Skala asuhan iaitu jumlah anak asuhan, ruang rumah/kawasan asuhan
-Kenalpasti jumlah isi-rumah, ahli keluarga pengasuh, teman lelaki, atau pihak lain yang berada semasa pengasuh menjalankan kerja asuhan
-Komitmen dan tanggungjawab lain pengasuh misalnya adakah pengasuh ramai anak, ada kerja jaga orang sakit, ada bussiness sampingan spt online, jual kuih-baju-produk dll. Adakah pengasuh memasak untuk isi rumah yang banyak, atau lain-lain job pengasuh buat.
-Bagaimana pendekatan pengasuh jika anak meragam?
-Apa tindakan pengasuh jika berlaku emergency kepada anak asuhan? Tanyakan previous case (jika ada) seperti bayi tersedak susu, kembung perut, nangis tak henti, bayi sakit dan sebagainya. How they handle and manage risky-urgent situation.
-Masa jumpa ni juga perhatikan verbal & non-verbal (body language) pengasuh serta aspek2 lain seperti pengasuh kelihatan terurus atau selekeh/pengotor cth kuku panjang? keadaan rumah? aspek gaya, bahasa dan personaliti mencerminkan individu berkenaan.
.
Basically, soalan2 anda tanya bertujuan untuk mengetahui beberapa perkara penting seperti komiten pengasuh kepada kerja lain, ruang tempat asuhan, gaya asuhan, keluarga pengasuh dan kelulusan/pengalaman/kemahiran yang pengasuh ada dalam menjalankan kerja asuhan serta mengurus penjagaan, keperluan dan psikologi anak-anak asuhan mereka.

3) PEMILIHAN & SURAT PERJANJIAN (AGREEMENT)
Jika ibu bapa dah sampai stage ni, bermaksud anda dah sampai ke tahap selection. Anda dah memilih pengasuh yang bakal menjaga cahayamata tersayang anda. Pastinya anda dah buat pertimbangan yang terbaik dan bersesuaian seperti aspek personaliti pengasuh, kebolehpercayaan terhadap pengasuh, kredibiliti, jarak tempat asuhan, fees dan lain-lain faktor yang menjadi pertimbangan anda.
.
Ok untuk fasa ni bukan anda perlu mengarang surat cinta panjang lebar atau surat jual-beli rumah. Anda hanya perlu buat nota ringkas yang menyatakan hasrat dan tujuan anda menghantar anak anda untuk di asuh dan juga tanggungjawab pengasuh tersebut. Gariskan terang-terang skop kerja dan apa yang anda inginkan dari proses asuhan tersebut. Misalnya kerja-kerja seperti memberi makan, susu, membersihkan anak, menjaga keperluan lain sekiranya perlu seperti mengurus anak menangis, sakit dan keperluan penting dengan penuh kasih & sayang. Surat ringkas ini ibarat akad dan penyerahan anak untuk jagaan mereka dan juga bukti bahawa anda ada menghantar anak anda kepada pengasuh berkenaan (elakkan jika berlaku sebarang insiden, pengasuh tak mengaku dia mengasuh anak anda). Keadaan ini juga akan buatkan pengasuh rasa lebih waspada dalam mengambil tanggungjawab dan tugas yang diberikan. Surat ni minta pengasuh tandatangan, buat salinan kepada kedua-dua pihak. Jika pihak pengasuh berhasrat nak buat surat, maka sambut dengan baik. Perjanjian ini akan membina kepercayaan dan ingatan kepada pengasuh secara indirectly bahawa "jangan nak buat main-main walau kerja kau dirumah
dan hanya mengasuh anak". Walaupun kadang kita nampak kerja asuh anak ni macam kerja tolong-menolong je, tapi hakikatnya ia adalah satu profession.
.
SELEPAS PILIH PENGASUH

Jika mak ayah dah pun memilih pengasuh, jangan lepas tangan. Untuk fasa awal aku cadangkan ibu dan bapa ambik cuti pendek untuk letak anak 2-3 hari dengan pemantauan dulu supaya anak rasa selesa dan secure ada mak dan ayah accompany them. Jangan on that day terus drop anak dan tinggalkan, meraung lah anak korang nanti. Permulaan dah create unhappiness climate dengan pengasuh. Setelah pilih pengasuh, buat beberapa langkah di bawah;
.
1) BINA HUBUNGAN (RAPPORT)
Bina hubungan atau rapport ini berlaku sepanjang anda mengenali pengasuh anak anda. Proses ini amat penting dalam anda mengenalpasti dengan lebih dekat aspek personaliti dan tingkahlaku pengasuh, ahli keluarga mereka serta sebarang info baru dan penting yang boleh dijadikan pertimbangan untuk anda untuk meneruskan atau menghentikan asuhan anak anda.
.
Untuk mengenali personaliti atau tingkahlaku seseorang bukan mengambil masa sehari dua, anda perlukan lebih masa. Jika telah terbina rapport ini, maka pengasuh dan anda akan lebih selesa untuk berkomunikasi dan meluahkan apa sahaja rasa yang tersimpan. Bahkan lebih mudah untuk anda explore hal ehwal asuhan nanti. Proses membina hubungan ini juga melibatkan aspek tautan ukhuwah, kemesraan dan hubungan yang baik agar anda lebih selesa berhubung dengan pengasuh, dan terbentuk elemen kasih dan sayang antara anda, pengasuh dan anak anda.

2) SPOT-CHECK
Ingat tak zaman sekolah dulu, tiba tiba darah berderau dan jantung dup dap tak keruan bila cikgu disiplin dan pengawas mula beratur panjang selepas perhimpunan untuk buat spot-check?
Spot-check ni adalah pemeriksaan mengejut yang anda buat kepada pengasuh yang menjaga anak anda sama ada di rumah pengasuh atau dirumah anda (orang gaji).

Anda boleh lakukan dengan datang ke rumah pengasuh lebih awal dari masa rutin anda mengambil anak. Misalnya semasa spot-check datang ambil anak jam 4 petang (walau kebiasaannya ambil anak jam 6 petang). Boleh juga spot-check masa lunch hour. Ibu dan bapa boleh plan siap-siap dan bergilir buat spot-check secara mingguan atau bulanan. Ini dapat mengenalpasti sebarang 'abusive behaviour and sign' terhadap anak anda kerana pengasuh yang suka mendera ni selalunya dia dah set masa mereka boleh dera dan tenangkan anak anda kembali sebelum ketibaan anda.
.
Selepas tamat asuhan, anda mesti buat beberapa perkara bagi mengelakkan sebarang risiko penderaan atau hal yang tak diingini berlaku. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, buat 2 perkara ini terhadap anak anda:
.
3) PERIKSA KONDISI ANAK
Buat pemeriksaan keadaan fizikal dan mental-emosi anak anda. Pemeriksaan fizikal termasuklah mengesan sebarang luka, lebam, patah, cedera, trauma, darah, benjolan, kesan gigit, cubit dan lain-lain bentuk tanda fizikal (nampak) yang terdapat ditubuh badan anak anda. Bahkan anda juga hendaklah melakukan pemeriksaan di bahagian sulit anak anda sekiranya terdapat sebarang bentuk serangan/deraan seksual seperti pendarahan, luka, anak mengadu sakit untuk buang air dan lain-lain kesan. Malah anda juga boleh sentuh dan check sekiranya ada bahagian tubuh anak anda yang berasa sakit walau tiada effect lebam atau trauma pada skin.
.
Selain trauma atau kesan fizikal, pemeriksaan terhadap aspek mental dan emosi (psikologi) mesti dilakukan seperti berikut:
-Adakah anak anda akan menangis, meronta atau mengelak untuk dihantar ke rumah pengasuh
-Anak kelihatan murung, stress, takut, bimbang, diam dan perubahan sikap yang mendadak tanpa sebab
-Anak lemah, lesu, tidak ceria dan tidak responsif seperti kebiasaan
-Anak anda kerap bermimpi buruk, terjaga dan menangis pada waktu malam
-Anda menunjukkan tanda regresif (melakukan tingkahlaku lepas yang tidak dilakukan lagi) seperti menghisap ibu jari, kerap kencing malam dll.
.
4) DAPATKAN LAPORAN ASUHAN
Laporan ni bukan bermakna anda minta pengasuh buat wiriting report pula atau sesi viva panjang berjela. Bukan juga membawang dengan ibu asuhan yang lain. Namun cukup sekadar pertanyaan dan info ringkas yang anda dapat sebagai langkah follow-up kegiatan harian anak anda.
.
Sebagai ibu bapa prihatin, pastikan setiap kali mengambil anak dari pengasuh atau setiap kali selesai sesi asuhan, sila tanya pengasuh secara ringkas apa yang berlaku terhadap anak anda, perkembangan, sikap dan cerita, insiden atau aktiviti anak anda seharian. Ini memastikan anda tahu apa yang berlaku, signal kepada pengasuh bahawa anda prihatin dan membantu anda buat kesimpulan yang lebih jelas jika anak ada bercerita atau mengadu sesuatu.
.
5) NALURI DAN KONSEP TAWAKAL
Dalam mengatasi isu dera oleh pengasuh atau di rumah asuhan ini, ibu dan BAPA perlu berperanan aktif. IBU juga selalunya dikurniakan basic instinct (naluri) yang kuat sekiranya sesuatu berlaku terhadap anak anda. Maka jangan abaikan dan ambil remeh apa yang anak anda cerita, atau apa yang anda lihat. Terus tanya pengasuh jika anda notice sebarang trauma, kesan atau respond mencurigakan dari anak anda. Dan paling utama amalkan doa dan niatkan agar anak berada di bawah peliharaan dan perlindungan Allah swt sepanjang bersama pengasuh, mahupun anda sendiri. Konsep tawakkal amat penting bagi melahirkan rasa tenang dalam diri ibu dan bapa setelah melepaskan anak anda kepada pengasuh.

“Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (tawakallah), jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
.
Setiap urusan hendaklah diserahkan kepada Allah swt sebagai tanda redha dan bertawakkal di samping berusaha. Saya panjangkan doa yang di ajar oleh Almarhum Tuan Guru Ust Dr Haron Din yang merupakan guru saya semasa menuntut di Darus Syifa

-Nabi Muhammad SAW menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika berpisah dengan beliau;
أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya”
.
Last but not least, Ingat para ibu dan bapa JANGAN bagi tekanan kepada pengasuh seperti memaksa mereka menjaga pada hari cuti. Jangan berkira dengan pengasuh. Sentiasa lapang dada dan selalu amalkan konsep memberi dan bersedekah. Ini kerana, pengasuh telah mengambil tugas anda menjaga zuriat kesayangan anda. Wajarlah mereka di sayangi, dihormati dan diraikan atas tugas dan tanggungjawab tersebut. Semoga ia membawa konsep harmoni, rukun, aman dan damai kepada ketiga-tiga pihak (Ibu Bapa-Pengasuh-Anak).
.
Ibu dan bapa cermat, anak selamat!
.
SILA SHARE UNTUK MANFAAT BERSAMA & FIGHT AGAINST CHILD ABUSE.

0 comments