BENARKAH MENGUMPAT BERDOSA, MEMBAWANG TIDAK?
- Makcik Bawang: Istilah Yang Sering Disilap Tafsif
Kebelakangan ini, istilah yang sering kita dengar atau terbaca di status media sosial ialah istilah makcik bawang, pakcik bawang, jom membawang dan yang hampir sama. Ianya merujuk kepada perlakuan mengata, memburukkan-burukkan atau dalam istilah yang lebih tepat lagi ialah ‘mengumpat’.
Masyarakat harini ini telah dicelarukan dengan pelbagai istilah untuk menghalalkan cara dan tindakan buruk, malah untuk memperlihatkan sesuatu yang buruk dalam bentuk yang baik juga istilah di ubahsuai (re-framing) supaya individu yang terbabit tiada lagi rasa bersalah atau berdosa melakukannya.
Perkataan makcik bawang atau membawang jelasnya merujuk kepada perbuatan ‘mengumpat’ iaitu menceritakan perihal orang lain. Namun istilah ini menjadi trending dan ‘masyhur’ dalam kalangan masyarakat hingga menutup segala makna buruk yang terkandung disebalik istilah tersebut. Bahkan ia kelihatan seperti satu tindakan jujur yang tanpa rasa segan si pelaku akan mewar-warkan, menceritakan dan menghebohkan perbuatannya. Seolah-olah membawang itu perkara biasa, boleh dibuat dan tidak salah langsung.
Jika diperhatikan, status di media sosial dalam kalangan masyarakat atau ‘netizen’ kita hari ini banyak menggunakan istilah seperti membawang di rumah, membawang dengan kawan-kawan, membawang di tempat kerja, membawang didapur dengan jiran dan sebagainya. Bila ditanya adakah salah perbuatan membawang? Jawapan yang saya dapat dari seorang wanita adalah:-
“Eh taklaaa..biasa lah membawang tu..cuba tengok dalam drama, dalam status media sosial semua orang suka membawang. Malah #membawang pun ada”
Salah faham tentang istilah dan makna yang terkandung disebalik istilah tersebut boleh membawa kepada berlakunya perbuatan yang mungkar. Malah disebalik sebutan dan tulisan, jika ia diteruskan menjadi perbuatan dan kelaziman, akan mendapat dosa yang berlipat kali ganda. Jangan pandang enteng isu istilah ini kerana perbuatan yang mungkar tersembunyi disebalik istilah ini, perbuatan ini juga diibaratkan lebih buruk dari berzina, sepertimana sabda Rasulullah (saw) bermaksud:
“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Oleh itu, tiada istilah mengumpat berdosa dan membawang dibolehkan, lebih ringan atau lebih sedap bunyinya. Persoalan ini bernoktah pada makna yang sama iaitu mengumpat atau menceritakan hal orang lain dan hukum serta larangannya telah jelas dinyatakan dalam ugama Islam.

- Apakah membawang (mengumpat) dari sudut pandang Islam?
Mengumpat dalam bahasa Arab disebut sebagai Ghibah yang bermaksud menyatakan keburukan atau keaiban seseorang dibelakangnya sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun isyarat. Malah, salah seorang sahabat nabi (saw) pernah bertanya:
Apa itu mengumpat?
Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?"
Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya".
Dalam Islam mengumpat adalah perbuatan yang amat dilarang sama sekali, Hukum mengumpat adalah Haram dan berdosa besar hingga hukuman yang dijatuhkan kepada para pengumpat di ibaratkan seperti memakan darah daging sendiri sepertimana Allah swt berfirman dalam surah Al-Hujurat (12):

“Dan janganlah sebagian kalian mengumpat sebagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kalian memakan daging bangkai saudaranya yang telah mati, pasti kalian membencinya. Maka bertaqwalah kalian kepada Allah, sungguh Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih”.
- Apakah kesan dari aktiviti Membawang (Mengumpat)
Mengumpat ini mempunyai impak yang sangat besar kepada individu, masyarakat dan juga negara. Di antaranya ialah:-
1-Merosakkan imej seseorang
2-Menjatuhkan maruah orang lain
3-Memecah-belahkan perhubungan antara suami-isteri, saudara-mara, sahabat-handai serta masyarakat
4-Mengumpat adalah asas kepada tersebarnya fitnah yang lebih besar. Ia bermula dengan menyebarkan benda yang palsu dan aib.
5-Memutuskan silaturrahim, mencetuskan prasangka buruk dan hasad dengki

Maka sentiasalah berwaspada dengan istilah dan LIDAH kita supaya tidak menanggung azab di alam kubur dan di akhirat kelak. Teringat aku dengan kata-kata “Watch before you leap. Think before you speak. So hati-hatilah dalam menggunakan istilah membawang tu. Jangan sampai jadi dosa disebabkan perbuatan, tulisan, dan percakapan.
0 comments