APA NAK BUAT LAGI SEMASA PKP Covid19?

By dorashid - April 01, 2020


Ada masa senggang bersama keluarga ni buatlah beberapa amalan dan aktiviti dirumah anda bersama keluarga:-

1) Solat berjemaah
- Masa ni lah nak himpunkan semua, anak dan isteri buat tazkirah (ta'lim taa'lum) lepas solat. Zikir sama-sama seperti zikir taubat, zikir munajat dan lain-lain. Bagi lembut hati anak-anak kita dengan alunan zikir.

2) Mengaji al-Quran sama-sama
-Masa ni boleh pantau bacaan mengaji anak-anak dan biasakan mengaji dalam bulatan/kumpulan selepas solat maghrib. Malam jumaat boleh buat amalan tertentu seperti baca tahlil, ayat manzil, surah al-mulk, yasin dan sebagainya.



3) Masak dan makan sama-sama
-Masa ni para suami boleh belajar something yg interesting dalam hidup, new learning ...memasak bersama isteri sambil bonding di dapur- imbau kembali sweet memories.

4) Kemas dalam dan luar rumah
-Tak lama lagi nak puasa then nak raya kan, so masa cuti yang ada ni siap-siap kemas rumah besar-besaran, buang sawang labah2, lap kipas angin, mop semua tempat, basmi habuk habis-habisan, lap cermin tingkap, jenang pintu, kemas dapur-almari pak awang/kabinet, susun-atur dan sebagainya, kalau rajin boleh cat rumah sekali. Lagi satu bilik air/longkang yang dah lama tak diberus tu boleh sental bagi bersih!



5) Berbakti kepada ibu-bapa
Kepada anak-anak pula, masa inilah juga boleh digunakan untuk berbakti kepada ibu bapa anda, sebab kehidupan sebagai pelajar, pekerja, kesibukan sebelum ni tak sempat even nak sembang, tolong-gotong royong dengan mak ayah kita, maka gunakan kesempatan yang ada selagi punya masa. Okey.
.
.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu..."


  • Share:

You Might Also Like

0 comments