LAB ACTIVITY 3- EXPLORATION (PHONE CALL)

By dorashid - November 08, 2020

 


During exploration phase, 'questioning' skill is very important. 

Describe 3 type of questioning based on your pair-pal tele-counseling session
You may enter your session/conversation script

  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. 1) Directive question: For special and specific information.
    Example:
    Kaunselor: Boleh Ainaa tahu, berapa lama dah Dayah dengan kawan Dayah jadi tiba-tiba “awkward” macam ni?
    Klien: Hmm, macam dah nak sebulan rasanya.

    2) Open-ended question: Help the client to talk more especially to passive client, getting more response and information, know the client issue in more detail but to presenting problem is slower than close-ended question.
    Example:
    Kaunselor: Jadi macam dah sebulan la tak bercakap, menjauhkan diri apa semua. Hidayah ada tak cuba nak bercakap dengan dia atau cuba nak perbaiki keadaan atau nak tau sebab ka tiba-tiba kenapa jadi macam tu?
    Klien: Pernah. Tapi itulah bila saya tanya dia macam cuba jawab sepatah-sepatah, macam taknak jawab. Contoh macam bila saya tanya “kenapa dia macam tak nak bercakap?” dia macam balas “fikirlah sendiri”. Jadi saya pun macam mana tahu, kalau dia suruh saya fikir sendiri. Jadi macam geram jugak la bila dia jawab macam tu. Kecewa sebab bila Dayah tanya elok-elok nak baiki keadaan tapi kena macam tu.

    3) Closed-ended question: For confirmation, prevent client from giving too much information and to get fastfeedback (option)
    Example:
    Kaunselor: Boleh tak nak tahu yang sebenarnya Dayah kecewa ka “or” lebih kepada marah dengan dia, bila dia jawab macam tu?
    Klien: Macam kecewa juga lah dia tak beritahu terus jawapan, kalau tak kita macam boleh selesaikan terus sama-sama masalah ni. Tapi itu lah, dia tak beritahu macam kecewa sikit. Tapi lebih kepada marah la dia kenapa dia boleh “expect” saya tahu apa salah saya. Padahal saya pun takt ahu.

    4) Tentative question: To get the information more detail with feeling of empathy.
    Example:
    Saya rasa bila dia jawab macam tu Dayah ni betul-betul rasa marah la dengan dia kan?
    Klien: Yaa, betul-betul. Memang sangat-sangat marah la sebab saya ni orang yang macam tak kesah bila “something” jadi, saya akan diamkan diri. Tapi bila saya tanya tu, maknanya saya betul-betul kisah la, sebab kenapa kiteorang jadi macam tu, dan kalau boleh nak la baik macam dulu. Tapi itulah bila saya bagi effort nak kami baik balik, tanya baik-baik, dia jawab macam tu pula. Kadang-kadang rasa menyesal pun ada. Kenapalah pergi tanya dia. Kalau tak tanya mesti tak sakit hati.

    NURUL AINAA BINTI AZHAR (1180110)

    ReplyDelete
  2. 1) Open ended question : Help the client to talk more especially to passive client, getting more response and information, know the client's issues in more detail
    Kaunselor : Ok Puan Nazhirah , jadi bagaimana dengan isu Puan Nazhirah terhadap 'si dia' sekarang ini, apa yang Puan Nazhirah rasa sekarang ?
    Klien : Sekarang ni saya taktahu la apa yang saya patut buat , patut ke saya nak terus menanti , saya pun taktahu ia berbaloi ataupun tak.

    2)Close ended question : Use for confirmation, prevent client from giving too much information and to get fast feedback
    Kaunselor : Oke jadi kiranya Puan Nazhirah masih nak kat dia , tapi Puan Nazhirah takut untuk berharap , betul tak puan nazhirah ?
    Klien : Ye betul , sebab dia perfect bagi saya.

    3)Directive question : For special and specific information
    Kaunselor : Jadi Puan Nazhirah, apa yang Puan Nazhirah akan buat selepas ni ? Adakah Puan Nazhirah akan mula mesej dia atau Puan Nazhirah akan terus berdiam sahaja ?
    Klien : Bagi saya , saya akan tunggu hari jadi saya tahun hadapan , kalau dia wish saya, kiranya ada harapanlah.

    NUR ADIBAH BINTI ROSLAN 1180111

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Klien saya menceritakan mengenai isunya yang dia tak pandai untuk memarahi orang yang ada membuat salah dengannya. Berdasarkan ceritanya, apabila dia tidak meluahkan rasa marahnya, dia hanya memendam perasaan marah tersebut sehingga memberikan kesan yang buruk terhadap dirinya. Dia merasa terganggu dengan perasaan itu. Namun begitu, setelah melakukan eksplorasi, ternyata klien saya pandai untuk mengurus perasaan marah yang dipendamnya itu. Dia akan meluahkan perasaannya itu dengan menceritakan kepada orang yang dipercayainya. Melalui cara tersebut, dia mampu untuk menguruskan rasa amarahnya yang dipendam.

    SOALAN 1(TERBUKA) : Soalan yang menggalakkan klien untuk bercerita dengan lebih terperinci mengenai isu yang dihadapi.
    SOALAN 1: Boleh jelaskan lagi apa yang dimaksudkan Fatin dengan tak reti nak marah orang?
    JAWAPAN 1: Contohnya kalau macam ada orang sakitkan hati saya. Benda tu memang salah dia, bukan salah saya. Kiranya macam saya ada hak untuk marah orang tu. Tapi saya memang tak reti nak marah, tak boleh nak marah. Cara saya lepaskan marah tu dengan saya diamkan diri dan jauhkan diri dari orang tu. Saya takut kalau saya marah akan keluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Lepastu, bila dah marah akan mula rasa serba salah. Benda tu memang salah dia, tapi bila saya marah, akan rasa serba salah diri.

    SOALAN 2 (TENTATIF): Soalan yang merungkai tentang perasaan yang dihadapi oleh klien.
    SOALAN 2: Rasa serba salah tu sebab apa?
    JAWAPAN 2: Rasa serba salah tu sebab marah oranglah. Sebab kita macam jenis tak reti nak marah. Bila dah marah, mula rasa serba salah. Dia boleh jadi macam overthinking. Nanti dia ni benci dengan aku ke, tak suka dengan aku ke. Last sekali saya yang mula minta maaf dengan dia walaupun tu salah dia.
    SOALAN 3 (TERARAH): Soalan yang membawa klien kepada matlamat yang lebih jelas.
    SOALAN 3: Bila Fatin dah luah tu, masih lagi rasa marah ke macam mana?
    JAWAPAN 3: Masih lagi rasa marah dekat dia, cuma benda tu berkurang. Sebab kita dah cerita dekat someone kan. Kita macam dah tak terfikir benda tu. Dia macam hilang macam tu. Masih lagi ingat benda apa yang menyebabkan kita marah.

    RABIATUL 'ADAWIYAH BINTI ROSDI 1180140

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. 1) Open ended question
    Counselor: Jadi apa yang shida nak cerita pada saya hari ini?
    Client: ok baik cik, sebenarnya tujuan saya join sesi ni sebab..saya ..saya…ada masalah. Saya ada masalah dengan hidup saya. Saya ada masalah dengan pelajaran saya, dengan ibu saya, dengan kawan saya.

    2)Directive question?
    counselor: shida , berapa lama dah perkara ni berlaku?
    Client: Perkara ini terjadi selepas saya habis spm.

    3)Tentative question:
    Counselor: Nampaknya, shida rindu kan kasih sayang ibu?
    Client: Hrmmm ya, saya rindu hubungan saya dengan ibu. Dulu saya rapat sangat dengan ibu, semua benda saya selalu cerita dekat ibu...

    SABIRAH BT KAMALUDIN 1180112


    ReplyDelete
  9. Isu klien
    Klien saya menghadapi isu di mana beliau mempunyai tabiat memendam perasaan dan masalah. Beliau suka melakukan semua perkara sendirian sehingga menyebabkan rakannya merasakan bahawa klien tersebut tidak memerlukan dirinya. Berlaku suatu peristiwa di mana terjadi perelisihan faham antara klien dan rakannya dan menyebabkan rakannya bermasam muka kerana sikap klien yang kurang bergantung kepada orang lain. Klien agak terasa hati namun tidak mampu untuk meluahkan perasaannya dan hanya memendam sahaja masalah tersebut.

    JENIS SOALAN: SOALAN TERTUTUP

    Soalan 1: Apa yang Adawiyah rasakan bila kawan Adawiyah cakap macam tu? Rasa geram atau sedih?

    Jawapan 1: Saya rasa sedih laa, sebab saya rasa dia macam tak kenal diri saya sedangkan dah berkawan 5 tahun.

    JENIS SOALAN: SOALAN MENGAPA

    Soalan 2: Kenapa adawiyah memilih untuk pendam daripada melepaskan saja perasaan marah atau pendam tu?

    Jawapan 2: Sebab saya jenis saya, saya tak suka kena marah. Bila kena marah, saya terus tak ada mood.jadi, saya tak suka marah orang, sebab saya sendiri tak suka kena marah dengan orang lain.

    JENIS SOALAN: SOALAN TERBUKA

    Soalan 3: Boleh kongsikan apa yang Adawiyah rasa bila Adawiyah pendam perasaan?

    Jawapan 3: Sejujurnya, bila pendam tu saya rasa berat laa. Sebab ya laa, ada benda kita terasa dengan orang, tapi kita tak boleh nak expresskan perasaan tu. Saya rasa macam, bila saya express, semestinya perkara ini akan menjejaskan hubungan saya dengan dia. Sebab saya jenis kalau cakap direct, saya direct betul. Mungkin susunan ayat dia takkkan jadi karangan ke atau dia takkan jadi macam ayat terbaik yang saya pernah cakaplah. Bila saya jujur, ayat tu memang betul-betul daripada hati, memang macam saya dengan kawan baik saya laa, jujur betul. Dan pernah la jadi dalam hidup saya, ada la dalam dua tiga orang ni saya jujur dgn perasaan saya, and kesan dia memang tragis la. Jadi, sebab itulah saya sangat berjaga-jaga. So, bila saya menghadapi sesuatu masalah tu, saya suka lari dulu sebab saya tahu saya punya mulut ni macam mana kalau saya jujur. So, saya kena bertenang, take time, fikir dulu ayat and fikir baik buruk dia.

    -NURUL FATIN BINTI MOHD ASRI (1180129)

    ReplyDelete
  10. Kaunselor: Okay sebelum kita start sesi ni, saya nak beritahu dekat azimah yang azimah boleh nak cerita apa je, saya akan try untuk dengar, faham and kita sama sama cari jalan penyelesaian utk isu azimah. Azimah jangan risau apa yang azimah cakap ni jadi rahsia kita dua saja kecuali azimah ada sebut nak cederakan diri sendiri atau orang lain kira terbatal lah yer
    Klien : Ok saya faham
    Kaunselor: Jadi sesi kita ni selalunya dalam 30 minit atau 45 minit tapi kalau lebih pun takpe bergantung pada apa yang azimah cakap. Jadi ada apa apa yang azimah nak cerita dengan saya harini?
    Klien: Sebenarnya saya nak share tentang masalah dengan kawan saya, yang mana kawan saya.. macam mana nk cakap eh..dia selalu cari saya bila perlu saja..bila dia rasa dia tak nak dia macam nak guna gunakan saya je untuk dia buat ape ape so maksudnya bila saya minta tolong dia apa semua dia takde pun
    Kaunselor: ohhh saya faham jadi nampaknya kawan azimah ni dia hanyalah datang kat azimah bila dia perlu ja tapi bila azimah nak minta tolong, dia takde untuk azimah? (TENTATIVE QUESTION)
    Klien: Haah, dia macam nak ambil kesempatan jer atas saya la, so saya rasa macam… entahlah.. Rasa macam tak bolehla dengan dia.. Cuma fikir sebab kita kan kawan kan kalau bukan kita yang tolong kawan sapa lgi yang nak tolong , tapi diaorang macam tak ikhlas je nk tolong saya
    Kaunselor: hmm betul apa yang azimah rasa tu kalau bukan kawan siapa lagi kita nak harapkan… jadi boleh saya tahu tak dah berapa lama azimah kawan dengan dia? (DIRECTIVE QUESTION)
    Klien: Haah tulah sebab bergantung sangat dengan kawan kan, jadi kita percaya kat dia seratus peratus..aaa… saya dengan dia dah lebih 9 tahun la..saya kenal dia start dari sekolah menengah lagi tapi tak la rapat mana pun kenal biasa je lah
    Kaunselor: okay saya faham perasaan azimah tu, azimah mesti kecewa dengan perangai kawan azimah itu, yelah sebab azimah pun dah kawan lama dengan dia. Jadi boleh tak azimah ceritakan waktu bila kawan azimah macam ambil kesempatan dengan azimah? (OPEN ENDED QUESTION)
    Klien: haah betul saya kecewa sangat dengan perangai dia tu, sebenarnya banyak kali ja dia ambil kesempatan dekat saya. Contohnya macam haritu, kitaorang ada nak pergi vacationlah pastu dia ni tak ada lesen jadi dia nak gunakan untuk nak bawa kereta tu la… maksudnya dia takde lesen dia takut kena saman,, sebenarnya banyak je lagi yang dia suruh saya je tapi saya tolong jer la sebab saya fikir dia kawan dia akan tolong saya lain kali tapi tak sangka la memang dia nak gunakan saya saje saje tak da la pulak dia nak tolong ke apa ke
    Kaunselor: okay saya nampak yang azimah memamg kawan yang baik sebab selalu tolong dia, tapi tu lah bila azimah perlukan bantuan dia, dia takde. Hmmm boleh saya tahu tak bila azimah minta tolong dengan dia, dia memang tolak atau dia memang cari alasan untuk tak tolong azimah? (OPEN ENDED QUESTION)
    Klien: kalau macma bila saya mintak tolong dengan dia, selalunya dia akan bagi alasan la contohnya dia kerja ke, dia sibuk ke mak dia tak bagi keluar ke, aah mcm tu maksudnya kita memang faham sendiri la kan dia memang dah tak nak tolong kita so kadang kadang memang sakit hati jugak tapi nak buat camne memang perangai dia macam tu kot.
    Kaunselor: hmm jadi maksud azimah ni kawan azimah dah banyak bagi alasan untuk tolak permintaan azimah untuk tolong azimah? (CLOSE ENDED QUESTION)
    Klien: Haah betul tu
    Kaunselor: Jadi apa yang azimah rasa sekarang, azimah masih rasa sakit hati lagi dengan perangai kawan azimah?
    Klien: sekarang ni saya rasa macam more kepada sedih la sebab kawan saya nak tolong saya bila saya susah.. Sakit hati tu ada cuma takdela ketara sangat macam sedih kan ye la bila orang tak tolong kita
    Kaunselor: hmm saya rasa azimah lebih sedih la bila kawan azimah buat macam tu kat azimah
    Klien: haaah betul saya rasa macam sedih sangat sangat
    Kaunselor: saya faham perasaan azimah tu.


    FATIN NAJIHAH BT BASRI 1180107

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Klien menceritakan mengenai isunya yang berkaitan cinta di mana dia telah bergaduh dengan teman lelakinya. Berdasarkan apa yang telah dikongsikan, teman lelakinya menuduh dia curang disebabkan oleh dia terlambat untuk membalas mesej dari teman lelakinya. Dan dia berasa amat sedih apabila teman lelakinya meminta untuk memutuskan hubungan dengannya.

    1.Directive question:
    Counsellor:” Dah berapa lama fatin dengan boyfriend bergaduh?”.
    Client:” em saya dah gaduh dengan dia 2 minggu dah”.

    2.Tentative question:
    Counsellor:” saya rasa fatin mesti sedih kan sekarang bila bergaduh dengan boyfriend?”.
    Client: Hm betul. Saya rasa sedih la bila dia marah-marah saya macam tu sebab saya rasa benda tu benda kecik je setakat tak balas whatsapp dia sampai dia tuduh saya curang dengan dia”.

    3.Open-ended question:
    Counsellor:” kalau tak keberatan,boleh saya tahu apa punca boyfriend fatin tu marah sangat dengan fatin sama ada fatin lambat balas chat atau lain-lain?”.
    Client:” Haah, dia kata saya lambat balas whatsapp dia padahal saya sebenarnya banyak kerja lain lagi sebabtu saya tak sempat balas whatsapp dia tapi lepastu saya tetap balas jugak bukan tak balas langsung. Hm sebabtu dia sangsi dengan saya, dia syak saya chat dengan orang lain”.

    (AZIMAH BINTI ABDULLAH-1180106)

    ReplyDelete
  13. Counselor: Hai assalamualaikum Dibah. Apa khabar? Sihat ke? Okay Dibah saya nak beritahu kalau Dibah ada apa apa isu yang nak cerita, cerita je dekat saya. Saya boleh dengar dan inshaAllah kita sama sama cari macam mana nak selesaikan isu ni ye. Tapi Dibah jangan risau apa yang Dibah cerita saya akan rahsiakan tapi lainlah kalau boleh membahayakan diri Dibah ye. Kita ada masa lebih kurang 45 minit takpun sejam tapi bergantung kepada isu Dibah ye. Jadi ada apa apa yang Dibah nak share dengan saya?
    Client: Okay Nazhirah saya faham. Saya nak cerita yang saya tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini saya rasa penat, rasa letih sangat minggu ini.
    Counselor: Boleh saya tahu apa yang menyebabkan Dibah penat tu? Boleh share rutin hidup Dibah minggu ni? (DIRECTIVE QUESTION)
    Client: Pagi pagi sebelum online class saya kena pergi kedai beli sayur lepastu cepat cepat saya balik sebab nak kelas. Kadang kadang masa kelas pun saya terpaksa tinggal kejap untuk masak dekat anak buah saya. Jadi saya rasa terkejar kejar nak submit assignment apa semua itu nak handle bab rumah lagi.
    Counselor: Saya rasa mesti Dibah stress kan sebab semua Dibah kena buat kerja rumah? (TENTATIVE QUESTION)
    Client: Haah saya agak stress mungkin sebab ya lah saya student lepastu kejap kejap ke kedai. Dah balik rumah kejap tengah kelas kena cari lauk. Sampai saya tak ada mood nak buat assignment.
    Counselor: Boleh saya tahu kenapa Dibah kena handle semua itu? (OPEN-ENDED QUESTION)
    Client: Mak saya sakit tangan sebab naik bisul jadi saya je yang ada untuk beli lauk apa semua tu sementara tunggu mak saya sembuh. Kakak-kakak saya semua kerja lepastu sekarang kan PKPB jadi anak anak buah saya semua ada dekat rumah. Jadi semua benda saya la kena buat biasanya ada mak saya yang boleh tolong. Haa macamtu tapi saya okay je cuma kadang kadang rasa lelah.
    Counselor: Saya faham Dibah. Ye la sebab Dibah kan student lepastu kena handle pasal rumah. Jadi apa yang Dibah nak buat untuk balance antara kerja rumah dengan belajar? Sebab esokkan dah isnin. (DIRECTIVE QUESTION)
    Client: Haah tu la esok dah isnin. Saya cadang nak buat awal awal la bab dapur sebab nanti nak masak tunggu masa ambil dan masak je. Macam saya terus buat bahan untuk menumis harini dan simpan dalam peti. Okay ke macam tu Nazhirah?
    Counselor: Okay sangat dibah sebab lagi cepat kerja dibah. At least bab masak dah disediakan betul tak? (CLOSE-ENDED QUESTION)
    Client: Haah betul Nazhirah. Lagi senang kalau siapkan lebih awal.
    Counselor: Jadi Dibah dah jumpa jalan penyelesaian untuk settle kan masalah Dibah. Apa kata kita try tengok minggu ni berhasil tak, okay?
    Client: Haaa okay sangat macam tu Nazhirah. Nanti saya update ye.
    Counselor: Baiklah

    NOR NAZHIRAH BINTI ZAIDI 1180114

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  15. Kaunselor: Jadi apa yang Hidayah nak kongsi dengan Ainaa dalam sesi ini?
    Klien: Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya macam ada “tense environment” dengan kawan baik saya. Tak tahu la kenapa?
    Kaunselor: Boleh tak kalau nak tahu “tense environment” tu macam mana? Boleh jelas lagi? (OPEN-ENDED QUESTION)
    Klien: Saya macam taktahu kenapa kalau saya duduk satu tempat dengan dia macam ada aura yang kiteorang rasa macam tak selesa. Tiba-tiba rasa macam “awkward”. Macam saya raya yang tak ada buat apa-apa salah dengan dia tapi dia macam nak menjauhkan diri. Dah mula jarang “contact”, sebab kalau dulu selalu call each other. Kadang-kadang sesibuk mana pun seminggu “at least” mesti bercakap juga dua kali macam tu dalam telefon. Tapi sekarang macam dah lain.
    Kaunselor: Ouhh, faham-faham. Macam Dayah boleh rasa la yang “something not right” gitu. Tapi kalau Ainaa nak tak yang kiteorang tu merujuk kepada Hidayah ka atau ada rakan-rakan yang lain sekali atau macam mana? (CLOSE-ENDED QUESTION)
    Hidayah: Haah. Yela kita kan kadang-kadang ada perasaan yang boleh rasa ada yang tak kena dengan “someone” tu especially bila kita dah kenal dia lama. Kiteorang tu maksudnya saya dan kawan baik saya tu la yang macam “awkward” tu. Maknanya kiteorang sama-sama tak selesa. Tapi sebelum ni sebenarnya kiteorang rapat tapi tiba-tiba macam tak tahu apa jadi, dia mula tak bercakap apa semua. Hmm, saya pun tak “sure” la kenapa?
    Kaunselor: Ouh macam tu. Boleh Ainaa tahu, berapa lama dah Hidayah dengan kawan jadi “awkward” macam ni? (DIRECTIVE QUESTION)
    Klien: Hmm, macam dah nak sebulan rasanya.
    Kaunselor: Jadi macam dah sebulan la tak bercakap, menjauhkan diri apa semua. Habis Hidayah ada tak cuba nak bercakap dengan dia atau cuba nak perbaiki keadaan atau nak tau sebab ka tiba-tiba kenapa jadi macam tu? (OPEN-ENDED QUESTION)
    Klien: Pernah. Tapi itulah bila saya tanya dia macam cuba jawab sepatah-sepatah, macam taknak jawab. Contoh macam bila saya tanya “kenapa dia macam tak nak bercakap?” dia macam balas “fikirlah sendiri”. Jadi saya pun macam mana tahu, kalau dia suruh saya fikir sendiri. Jadi macam geram jugak la bila dia jawab macam tu. Kecewa sebab bila Dayah tanya elok-elok nak baiki keadaan tapi kena macam tu.
    Kaunselor: Jadi sebenarnya Dayah kecewa ka “or” marah dengan dia bila dia jawab macam tu? (CLOSE-ENDED QUESTION)
    Klien: Macam kecewa juga lah dia tak beritahu terus jawapan, kalau tak kita macam boleh selesaikan terus sama-sama masalah ni. Tapi itu lah, dia tak beritahu macam kecewa sikit. Tapi lebih kepada marah la dia kenapa dia boleh “expect” saya tahu apa salah saya. Padahal saya pun tak tahu.
    Kaunselor: Saya rasa bila dia jawab macam tu Dayah ni betul-betul rasa marah la dengan dia kan? (TENTATIVE QUESTION)
    Klien: Yaa, betul-betul. Memang sangat-sangat marah la sebab saya ni orang yang macam tak kesah bila “something” jadi, saya akan diamkan diri. Tapi bila saya tanya tu, maknanya saya betul-betul kisah la, sebab kenapa kiteorang jadi macam tu, dan kalau boleh nak la baik macam dulu. Tapi itulah bila saya bagi effort nak kami baik balik, tanya baik-baik, dia jawab macam tu pula. Kadang-kadang rasa menyesal pun ada. Kenapalah pergi tanya dia. Kalau tak tanya mesti tak sakit hati.
    Kaunselor: Ya, paham-paham. Dayah macam kecewa la kan sebab masalah tu boleh diselesaikan kalau dia terus terang. Tapi lebih kepada marah sebab cara jawapan diberi tu dan suruh Dayah berfikir apa salah Dayah, sedangkan Dayah sendiri pun tak tahu. Yang membuatkan lagi marah tu bila dayah yang ambil keputusan untuk mula nak perbaiki keadaan tapi cara dia jawab sakitkan hati Dayah.
    Klien: Ya, betul-betul itulah apa saya rasa. Cuba bayangkan kalau Ainaa kat tempat saya. “Like” kita bagi effort tapi orang tak layan ditambah pula bila cara jawab tu “really” menyakitkan hati.
    Kaunselor: Hmm, kalau Ainaa pun rasa yang sama macam Dayah rasa sekarang.

    NURUL AINAA BINTI AZHAR (1180110)

    ReplyDelete
  16. There have sort of question that I’ve made in calling session with my friend Yusupha to explore his problems.

    1) Open-ended question
    Counsellor: So, Yusupha what are you going to share with me today?
    Client: ok, ooh um. I want to share about the issue of Covid-19 that we need to face this time. When the MCO I have no choice but just to stay in my room alone. When my parents give me money using western union, so I couldn’t receive it yet and it give difficult to me. Sometimes I’m going to meet my friends and sometimes we are going to eat at the restaurant but we need to keep social distancing with them and wear a mask.
    2) Tentative question
    Counsellor: It seems you face difficult things there, looks like you really sad?
    Client: yeah, I’m very sad because I’m alone and cannot go out to meet all of my friends. But then, Alhamdulillah it is going so much better I can face it and be strong, I can memorize Quran and Zikr.
    3) Directive question
    Counsellor: How long did you need to cope your sadness and feeling alone?
    Client: It is just for a while until I’m start thinking that it is no use to me to feel that feeling. Sometimes I’m also meet my friend at their room, and sometimes they come to my room. Sometimes I call my family at the hometown and now I feel happy and better.
    4) Closed-ended question
    Counsellor: So, now do you feel sad or happy?
    Client: Alhamdulillah, I’m happy.

    MUHAMMAD REDZO BIN SAAD (1180109)

    ReplyDelete
  17. Klien saya iaitu Sabirah menghadapi isu di mana beliau mempunyai tak bersemangat dan kurang cergas bila perlu melakukan tugasan dalam pembelajaran.
    1) Open ended question
    Counselor: Jadi ada apa-apa yang sabirah nak cerita pada saya hari ini?
    Client: ok sebenarnyakan, sebenarnya... tujuan saya datang disini adalah disebabkan... Saya rasa... saya rasa teruk sangat keadaan saya ketika belajar secara online..saya stress bila kerja tak dapat disiapkan padsa tarikh yang sepatutnya saya jadualkan dalam buku. Saya rasa perasaan malas tu makin wujud tapi saya tahu..saya tak boleh ada perasaan tu bila dalam student life.

    2)Directive question?
    counselor: Dah berapa lama Sabirah mula menyedari perasaan tu?
    Client: Perkara ini terjadi semasa minggu ketiga dalam sem 5

    3)Tentative question:
    Counselor: Nampaknya, Sabirah begitu merasa sesal bila sesuatu tugasan tak dapat disiapkan seperti yang dirancang...kerana timbul perasaan malas ya?
    Client: Hrmmm ya, saya akan berasa sesal dan menyesal kerana waktu yang diberikan sangat cukup untuk saya menyiapkan tugasan tapi bila motivasi tu kurang saya jadi stress dan rasa nak burn out....

    RASYIDAH BINTI BAHRIM 1180105

    ReplyDelete
  18. Kaunselor: Apa yang awak nak kongsikan dengan saya hari ini?
    Klien: Hmmm saya rasa stress lah dengan online class ni... tak boleh fokus... macam beban pon ada bile buat online class dekat rumah ni...
    Kaunselor: Kenapa awak rasa ia terlalu membebankan? (Tentative Question)
    Klien: Saya rasa sebab saya kan duduk dengan keluarga, ada online class lagi. Jadi kene buat kerja rumah. (Tambahan) dengan online class, assignment semua lagi, tak cukup tidur, tak cukup makan, macam itulah.
    Kaunselor: oh... kiranya mcm disebabkan suasana kt rumah tu yang buat susah nak fokus sebab ade banyak kerja kene buat, lagi-lagi kat rumah kan?
    Klien: Betul tu... susah lah macam ni... kalau dekat kampus, boleh fokus belajar je... kerja rumah buat dekat kolej... takdalah tengah belajar lepastu orang minta tolong buat kerja rumah....
    Kaunselor: Yelah, mesti susah... Rasa beban atau tak boleh fokus ni semua mula dari start online class ke? (Directive question)
    Klien: Mula-mula tak rasa sangat sebab awal-awal pon lecturer dah kurangkan kerja. Lama-lama 'start' bagi kerja banyak. (Lagi) adik tiba-tiba sakit, tu yang saya kene buat semua kerja. Selalunya saya bahagikan kerja tu dengan adik saya yang sakit tu, tapi sekarang banyak lah kerja. Dengan banyak kerja rumah tu, lagi dengan esainmen yang satu-satu lecturer tambah tengah-tengah sem lagi... susah betul lah.... belajar online ni pun susah, kadang line tak okay, kadang bila tengah kelas tiba-tiba macam 'lost', tak paham apa lecturer cakap... lepastu kene baca balik sendiri sebab tak paham...
    Kaunselor: Kelas online tu sendiri yang buat awak tak faham atau environment yang buat awak tak faham? (Close-ended question)
    Klien: Saya rasa environment lah. Bila kelas betul-betul saya boleh fokus, tapi kalau environment macam, sekejap terfikir nak masak nasi lah, terfikir dah tutup suis ke belum ke... dia macam mengganggu fokus saya untuk belajar online macam tu. (Sebab) saya fikirkan benda lain, saya tak fully belajar dalam class.

    NURHIDAYAH BINTE NORHALIM (1180004)

    ReplyDelete