KISAH LUAR BIASA: Apa nilai diri kita?

By dorashid - August 04, 2020




Seorang Anak Muda sedang membersihkan aquarium Tuan nya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan taksub..Tanpa disedari Tuannya sudah berada di belakangnya sambil barkata:
Kamu tahu berapa harga ikan itu?
Tidak tahu. Jawab si Anak Muda..
.
Ok, Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!. Perintah Tuannya. So dia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga..Kemudian kembali menghadap Tuannya. .
.
Ditawarkan berapa harga ? tanya Tuannya. .
"RM40 Tuan". Jawab si Anak Muda dengan mantap.
Ok sekarang cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan !!. Perintah Tuannya lagi.
Baiklah Tuan. Jawab si Anak Muda. Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar..
.
Berapa ia tawar ikan itu?. Tanya Tuannya.
"RM400 Tuan".Jawab si Anak Muda dengan gembira, ia fikir Tuannya akan menjual ikan itu.
.
Ok sekarang cuba pula kau tawarkan ke Pak Ya dan Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah Tuannya lagi.
Baik Tuan. Jawab si Anak Muda. Kemudian ia pergi menemui Pak Ya yang dikatakan Tuannya. Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa Tuannya.
.
Berapa ia menawarkan harga ikan itu?.
"RM 14,000 Ribu Tuan". dalam keadaan terkejut dan penuh keterujaan apabila dia sendiri menyaksikan harga satu ikan yang boleh berbeza-beza..
.
PEDOMAN DAN IBRAH disebaliknya:

Nah lihat perbezaannya?, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat. Hanya yang benar-benar mengenali mu akan tahu siapa diri mu yang sebenar..apakah kualiti, kebaikan dan ketinggian nilai peribadimu.

1) Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

2) Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

3) Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang benar-benar mengenali diri kita.

DAN....

4) Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita tanpa memahami diri kita..

5) Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita tanpa menyedari siapa kita yang sebenar..

6) Kita tidak akan pernah baik pada mata orang yang tidak menyukai diri dan sikap kita hanya kerana tidak kena pada pandangan mereka.

Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita walaupun pandangan itu belum tentu benar, Allah lebih mengetahui dan sebaik pencipta. Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang. Tetapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan. Biarlah kita 'elok' pada pandangan pencipta. 

Jaga lah orang-orang yang sentiasa mengenali, menyokong kita dari sudut pandang positif dan membuatkan hari-hari kita terus indah.
Jauhi mereka yang penuh toksik, suka mencari keburukan orang, mudah dipengaruhi, suka menabur fitnah dan gemar mencari salah orang lain.
Semoga bermanfaat 😊


CnP dan diubahsuai cerita oleh #Dorashid

  • Share:

You Might Also Like

0 comments