AKULAH SI TUA ITU
Dulu aku pernah menatap kecil tubuhmu
Seluas tapak tangan ini
Sekujur tubuhmu terbaring tanpa bicara
Dibelai, di jaga dengan penuh cinta
Sebelum tangisanmu bermula
Kupujuk rayu agar senyum gembira
AKULAH SI TUA ITU
Dalam kau meningkat dewasa
Pelbagai cerita kisah suka dan duka
Kita lalui bersama…
Aku cuba sedaya upaya mencukupkan
Segala keperluan dan permintaan
Segala imu dan pengalaman
Agar dikau membesar menjadi insan
AKULAH SI TUA ITU
Yang tersenyum didepan
Dalam tangis tersimpan
Ku dayung sampan
Untuk terus bertahan
Susah senang bukan taruhan
Doa munajat pada tuhan
Agar dirimu beroleh kejayaan
AKULAH SI TUA ITU
Yang telah menyulam kasih bertahun
Ibarat si embun membasahi daun
Mentari muncul terpisah sudah
Hadir semula berpegang tabah
Berdiri teguh disapa halangan
Segengam harapan menjadi pegangan
LANTAS,
Putaran usia begitu singkat
Hingga aku lupa jasad ini terpinjam cuma
Kini aku berada ditempatmu suatu ketika
Dan kau pula menatap diriku tidak berdaya
Pesanku agar dikau tidak lupa..
Bersama ku
Menjaga ku
Mengasihi ku
Sepertimana aku memegang amanah
Sebelum jasadku hancur dimamah tanah
Dan pasti..
Satu masa kau akan hadir di hari ini
Dalam memori yang belum bernoktah lagi
#Penulis: Dorashid
0 comments