Kepada semua kembar hubungan "menolong-membantu"- Helping Profession tak kiralah kaunselor, pegawai psikologi, pekerja sosial, psikiatris dan sukarelawan teruslah berjuang dan bekerjasama dalam membantu masyarakat mengendalikan diri & isu psikologi (mental-emosi-tingkahlaku) mereka semasa wabak ini. #kitajagakita bagi mencapai herd immunity memutuskan rantaian COVID-19.
.
Terus tebarkan kebaikan, kedermawanan, manfaat dan membantu dalam platform dan bentuk apa jua sekalipun. Dengan memberi kita akan merasa bahagia. Dengan usaha dan kerjasama sahajalah kita mampu menangani apa jua cabaran yang mendatang #oneforallandallforone
.
Act of Kindness adalah apa yang kita belajar dalam prinsip agama mahupun moral. Ia adalah tanggungjawab kepada kita sebagai individu untuk memberi sesuatu dalam gelanggang sendiri. Gunakan ruang yang ada untuk terus membantu. Semoga bumi ini dirahmati Allah dari semua keburukan dan musibah. #RahmahUntukSemua
0 comments