MUHASABAH KEKUATAN DIRI

By dorashid - July 19, 2020


setiap masa, setiap liku kehidupan, setiap usaha, selagi ketika nafas dihela, kita pasti akan di uji.

Whats next???



Kadang kita sedih, kecewa, risau nak menempuhi ujian yg seterusnya ttp percayalah jika kita btl btl yakin dengan hikmah/asbab di sebalik ujian, kita pasti akan ter senyum. Jika tidak harini ..esok..lusa ..hari mendatang kita akan senyum...

Oleh itu usah risau, sedih, runsing sangat ketika di uji. Bila diuji, sedih dan susah sikit sikit biasalah. Bila ingat  Allah swt dan hidup di dunia ini memang medan ujian buat jiwa, maka kita akan rasa kuat dan sabar walau ujian datang dari sisi mana sekalipun. Ujian ini juga bersifat sementara, spt sementaranya dunia ini juga. Tiada yang kekal, jadi lihatlah "pelangi" esok.

Ya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban ujian.
Tapi dengan beratnya bahu yang memikul itulah yang akan menjadikan kita lebih kuat & tabah, immune & teguh..

Yakinlah ada hikmah disebalik semua ini, kepada yg mahu berfikir.
Maka, mulakan dengan senyum dan tawakal pada Allah, teruskan sabar, kemudian perlahan-lahan usaha melangkah..dan mungkin akan sekali lagi jatuh. Tapi sentiasa semat di hati Allah  me and i will survive till the end...walauapapun ujian anda ok. Tiada manusia yang tiada masalah, yang membezakan adalah cara kita menghadapi dan mengatasinya!

#Penulis: DoRashid

  • Share:

You Might Also Like

0 comments