“you must be the change you want to see in the world”.
Ayat ni simple je maksud dia..kalau kita nak tengok dunia ni aman, kita lah kena jadi ejen pendamai. Kitalah peneraju halatuju!
Misalnya jika kita seorang pendidik, nak didik pelajar jadi bijak elok, berakhlak, profesional, cukup kemahiran insaniah..supaya dapat kerjaya mantap! Maka kita dulu kena jadi begitu..role model yang baik kepada pelajar. Bagaimana yang di didik nak lurus kalau yang mendidik bengkok? Bagaimana nak ajar pelajar mengurus aktiviti jika kerja sendiri tak terurus...
Pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada pelajar (mudarris), tetapi juga menjiwai ilmu, menjadi contoh, menyayangi, menyantuni dengan baik (mualim & murabbi). Ada amanah yang perlu dijaga.
.
Jika laterbelakang kita dari 'helping profession' tak kiralah kaunselor, nurse, doktor, pekerja sosial, guru dll, maka tunjukkan nilai itu dalam diri (helping sense). Sebab kalau nilai tu takda dalam diri, bagaimana nak bantu orang? apatahlagi nak jadi contoh kepada orang lain supaya ada nilai 'membantu' ..or to get involve dalam kerjaya tu. Selalu kita dengar ayat 'do unto others as you would them do unto you', maka janganlah layan orang lain buruk jika kita tak suka dilayan begitu. Empati..bukan sekadar cakap dibibir..cuba fahami. Tak salah jadi idealis dengan timbunan ilmu dan pengalaman menjulang ke samudera, tapi realiti amal bagaimana?
.
Putaran hidup ini Allah swt jadikan sangat unik dan adil. Apa yang kita buat harini kepada orang lain, esok lusa akan terjadi kepada kita.. Sepertimana ayat 'what you give you get back'. Adilnya sebab perkara ni tak apply kepada benda buruk saja, malah untuk benda yang baik sekalipun. Cuba hayati sabda Rasulullah saw ini:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).
.
Jadilah inspirasi kepada insan lain, untuk memaknai hidup dengan menjadi yang bermanfaat kepada orang lain. Jadi berbeza tak salah, biarlah perbezaan itu tidak membawa kita lari dari nilai, tujuan dan haluan usaha kerja murni kita didunia ini. To be a hero does not require a herculean effort or act but having an honest heart and good attitude irrevocably good enough!
0 comments