Jika ayah masih ada,
Pastinya senyum ini masih semekar dahulu
Pastinya jiwa ini masih berkobar gembira
Pastinya airmata ini tidak mengalir lagi...
Jika ayah masih ada,
Pasti dikau sedang berbangga melihat anakmu
Pasti dikau sedang memeluk erat hadiah kejayaan anakmu
Pasti dikau sedang sibuk bercerita kisah anakmu
Jika ayah masih ada,
Pasti cebisan rasa bangga terpalit diwajahmu
Pasti bertebaran ayat pujian dan sokongan darimu
Pasti terlihat semangat waja mu dalam diriku
Kau tak pernah mengajar erti kalah dalam perjuangan
Kau tak pernah didik diri ini lemah kepada keadaan
Tidak juga kau hukumi diri ini hanya atas 1 kesilapan
Lantas semangatmu kini hidup dalam diriku
Untuk ku rentasi lautan api dan jalan berduri
Untuk ku tabah menghadapi semua nista dan keji

Kerana dikau pernah berpesan,
"Capai impian tertinggi..."
"Ubah nasib diri..."
"Capai impian tertinggi..."
"Ubah nasib diri..."
Jika ayah masih ada,
Pastinya kita sedang berjalan seiring bersama
Sedang mengukir kata dan bicara
Walaupun hilang mu tiada ganti
Namun tempatmu terisi baki
Insan tersayang menemani
Legasi yang memberi erti
Membawaku pergi
Menggapai pelangi..
0 comments